Support Human rights defenders ; Support The Charles Hector Legal Defence Fund

For highlighting information about human rights violations suffered by 31 Burmese Migrant Workers who were working at Asahi Kosei(M) Sdn Bhd, in Charles Hector Blog, HR Defender, Charles Hector, has been sued for RM10 million by the said company.

Briefing Paper in English | Japanese | Bahasa | Burmese | France | Chinese | Khmer

Sign petition or send latest AHRC Urgent Appeal or sign change.org petition https://www.change.org/petitions/ford-chrysler-and-sony-dont-buy-from-factories-that-fight-against-human-rights

ALIRAN has up a fund so that concerned groups and persons can contribute to the legal cost and expenses incurred by Charles Hector, Human Rights Defender, in the legal suit initiated by Asahi Kosei (M) Sdn Bhd. A lot of financial support is needed and your immediate assistance is needed.

Payments can be made by bank transfer to:

Persatuan Aliran Kesedaran Negara
Bank account number:

107 246 109 510

Malayan Banking Berhad, Green Lane branch, Penang, Malaysia.

(If you are outside Malaysia, please include the “SWIFT” code for our bank: MBBEMYKL)

Please also email us at aliran@streamyx.com to indicate that it is a donation to Hector’s Legal Defence Fund.

Donations may also be made by cheque or bank draft made payable to Persatuan Aliran Kesedaran Negara. Mail your cheque/bank draft to us at 103, Medan Penaga, 11600 Jelutong, Penang, Malaysia, indicating clearly that it is a donation to the Hector Legal Defence Fund. [http://aliran.com/4590.html]




Monday, 11 April 2011

Dakwa langgar hak asasi: Syarikat Jepun saman fitnah peguam, aktivis (Utusan Malaysia, 12/4/2011)

Dakwa langgar hak asasi: Syarikat Jepun saman fitnah peguam, aktivis

SHAH ALAM 11 April - Seorang aktivis hak asasi manusia disaman oleh syarikat elektronik Jepun yang beroperasi dekat sini atas tuduhan memfitnah syarikat tersebut di dalam laman blog lelaki itu berkaitan dakwaan syarikat berkenaan melanggar hak asasi 31 pekerja Myanmar.

Syarikat Asahi Kosei Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman tersebut terhadap Charles Hector yang juga seorang peguam, pada 14 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Hector selaku defendan hari ini bagaimanapun gagal dalam usahanya untuk mengetepikan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang diperoleh oleh plaintif pada 17 Februari lalu.

Peguam Francis Pereira yang mewakili Hector ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, Hakim Lim Yee Lan menolak permohonan Hector itu dalam prosiding di kamar hakim tersebut di sini.

Plaintif mengemukakan tuntutan ganti rugi RM10 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Hector selain peguam itu diarahkan memadam maklumat dalam blognya berkaitan kes pekerja Myanmar yang mengaitkan syarikat itu.

Plaintif yang telah 15 tahun menjalankan perniagaan di negara ini menyatakan, pihaknya tidak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kepada pekerja-pekerja atas alasan semua pekerja itu dibekal dan diuruskan oleh agensi pekerjaan.

Plaintif mendakwa terpaksa menanggung kerugian akibat paparan di blog milik defendan yang telah menggugat reputasi dan imej perniagaan plaintif.

Plaintif turut memohon satu perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) terhadap Hector dengan memerintahkan defendan memadam semua tulisan di blog http://indefenceofcharleshector.blogspot.com/ berkaitan pekerja Myanmar serta menghentikan sebarang komunikasi di laman-laman sosial berkenaan isu itu.

Hector kemudian memohon agar mahkamah mengetepikan perintah injunksi itu atas alasan pihak plaintif sepatutnya mengadakan dialog dengan pekerja-pekerja tersebut dan bukannya bertindak memfailkan saman terhadapnya. - Utusan Malaysia, 12/4/2011, Dakwa langgar hak asasi: Syarikat Jepun saman fitnah peguam, aktivis

No comments:

Post a Comment