Asahi Kosei Peroleh Injunksi Interim Terhadap Aktivis Hak Asasi Manusia
SHAH ALAM, 11 April (Bernama) -- Sebuah perbadanan multinasional Jepun, Asahi Kosei Sdn Bhd hari ini memperoleh injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang seorang aktivis hak asasi manusia, Charles Hector Fernandez daripada menyiarkan nasib pekerja pendatang Myanmar dalam blognya.
Hakim Datuk Lim Yee Lan mengeluarkan injunksi itu dalam kamar sementara menunggu perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh Asahi Kosei yang meminta pampasan RM10 juta terhadap Hector, seorang peguam.
Lim juga menolak permohonan Hector untuk mengetepikan injunksi ex-parte yang dikeluarkan kepada Asahi Kosei pada 17 Feb.
Perbadanan itu yang diwakili oleh John Fam, Freeda Santhiago dan Tan Tai Hwa sementara peguam Francis Pereira dan Sharmini Thiruchelvam bagi Hector.
Pereira memberitahu pemberita bahawa mahkamah itu membuat keputusan tersebut atas alasan bahawa penulis blog berkenaan tidak boleh menuntut pembelaan yang sama yang boleh dituntut oleh media. Mahkamah itu merasakan bahawa kes tersebut yang kita kemukakan adalah berbeza kerana ia hanya untuk media dan bukan penulis blog.
"Selain itu, kerana ada banyak perkara lain untuk diselesaikan, mahkamah telah mengosongkan tarikh perbicaraan 19, 20 dan 21 April. Kita buat permohonan untuk pindaan pembelaan kita dan mohon tuntutan balas dan satu permohonan untuk memasukkan semua 31 pekerja berkaitan sebagai pihak dalam proseding," kata beliau.
Pada 14 Feb lepas, Asahi Kosei selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hector bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan entri berunsur fitnah berhubung isu pekerja-pekerja Myanmar yang bekerja di kilang milik syarikat pelaburan asing dari Jepun itu dalam blog miliknya yang beralamat di www.charleshector.blogspot.com.
Dalam penyataan tuntutannya, Asahi Kosei berkata ia telah berdagang lebih daripada 15 tahun dalam industri pengeluaran bagi komponen video, hard disk drive komputer dan komponen untuk automotif bagi pasaran tempatan dan luar negera serta mempunyai pelanggan seperti Hitachi Otomotive Group, Denso Group, Toyota Group, Mitsubishi Heavy Industry Group dan Calsonic Group.
Syarikat itu berkata ia mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak RM50 juta yang dibahagikan kepada 50 juta saham biasa bernilai RM1 setiap satu di mana modal saham yang diterbitkan yang telah dibayar secara penuh adalah sebanyak RM50 juta. Asahi Kosei seterusnya mendakwa Hector dengan perasaan dengki atau secara cuai telah memaparkan sebanyak enam entri di blog tersebut antara 8 Feb dan 13 Feb lepas yang mempunyai kenyataan-kenyataan palsu.
Berikutan entri-entri tersebut, plaintif mendakwa ia telah berhadapan dengan banyak pertanyaan daripada pelanggan-pelanggannya yang mendesak syarikat itu memberi penjelasan dan turut mengalami kerugian teruk.
Asahi Kosei mendakwa entri-entri itu juga mempunyai maksud bahawa syarikat berkenaan telah menipu dan tidak berperikemanusiaan serta bersikap kejam terhadap pekerja-pekerja.
Syarikat itu turut mendakwa walaupun pihaknya membuat tuntutan melalui surat tuntutan bertarikh 11 Feb lepas supaya defendan menarik balik entri-entri tersebut dan memohon maaf tetapi defendan gagal membuat sebarang tawaran atau memohon maaf secara ikhlas.
Sehubungan itu, Asahi Kosei memohon satu injunksi untuk menghalang Hector daripada menyiarkan atau memaparkan semula kenyataan mengenai pekerja-pekerja Myanmar yang berkaitan dengan syarikat itu melalui blognya atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain.
Plaintif juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta, faedah selaras dengan Akta Undang-Undang Sivil 1956, kos guaman dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA, 11/4/2011, Asahi Kosei Peroleh Injunksi Interim Terhadap Aktivis Hak Asasi Manusia

No comments:
Post a Comment