Mahkamah Rayuan tolak permohonan aktivis tangguh bicara
23/08/2011 5:04pm
PUTRAJAYA 23 Ogos - Seorang aktivis hak asasi manusia gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan di sini bagi penangguhan perbicaraan saman fitnah yang difailkan terhadapnya, yang dijadualkan esok.
Hakim Datuk Zainun Ali, Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinather menolak permohonan Charles Hector Fernandez bagi penangguhan perbicaraan itu dan memerintahkannya membayar RM10,000 bagi kos undang-undang.
Syarikat Jepun, Kosei Sdn. Bhd., menyaman Fernandez bagi memfitnah berhubung tulisan dalam blognya yang memaparkan masalah pekerja Myanmar di kilang itu.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tiga hari bermula esok bagi perbicaraan saman itu.
Fernandez, yang juga seorang peguam, memohon perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuannya di mahkamah rayuan berhubung permohonannya bagi disenaraikan 31 pekerja asing itu sebagai defendan dalam saman itu, yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama - Utusan Malaysia Online, 23/8/2011, Mahkamah Rayuan tolak permohonan aktivis tangguh bicara
No comments:
Post a Comment